Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Imam solat Jumaat Sunni Zahedan, Tenggara Iran, Molavi Abdul Hamid Esmaeel Zehi telah mengirim surat kepada Raja Abdullah untuk menuntut pembatalan hukuman mati ke atas ulama Syiah, Ayatullah Nimr al Nimr.
Molavi Esmaeel Zehi dalam suratnya merujuk kepada situasi tegang dalam dunia Islam dan menegaskan betapa pentingnya perpaduan dan persaudaraan sebagai asas masyarakat Islam. Beliau turut menyeru interaksi dan kebijaksanaan sebagai jalan penyelesaiannya.
Dalam bahagian suratnya yang lain yang dialamatkan kepada Raja Abdullah berkata, "Oleh kerana musuh-musuh sentiasa menyerang hendap Islam demi melakukan yang terbaik dalam menyemarakkan api komplot di negara-negara Islam, maka di sini bagi pihak ulama Sunni, saya meminta Tuanku menggunakan kuasa istimewa istana untuk membatalkan hukuman mati ke atas Sheikh Nimr Al Nimr."
Ulama kanan Iran ini juga menyeru usaha meningkatkan perpaduan dan perluasan semangat persaudaraan di kalangan umat Islam dan berkata, "Sudah tentu pembatakan hukuman ini akan disusuli beberapa hasil yang positif dan akan membawa kepada perkembangan perpaduan dan persaudaraan di kalangan umat Islam."
22 Oktober 2014 - 05:42
News ID: 645988
Molavi Abdul Hamid utus surat kepada Raja Abdullah meminta baginda batalkan hukuman mati ke atas ulama Syiah demi menjaga perpaduan Islam.